Okay guys, harini nak cakap pasal satu produk yang aku penah guna sebelum ni. Tak sure produk ni dari mana tapi rasanya Philipines kot. Now jom cerita apa kelebihan dan kekurangan benda ni okay.
Ciri dia : macam toner dan berbau sangat kuat (aku tak suka bau dia)
Kelebihan : Mencerahkan kulit, menghilangkan parut dan bla bla bla..
Kekurangan : Kalau ikut pengalaman aku lah kan, kulit muka aku mengelupas teruk tapi kawan aku mengelupas sikit-sikit je lah.
So sebenarnya betul ke tak benda ni berkesan? Biar aku bagitahu. Selepas korang guna dan muka korang habis mengelupas
mmg korang boleh nampak effect dia. Tak tipu mmg boleh putih (tapi kalau kulit tu sawo matang takde la tiba2 nak cerah jadi amoi terus kan. Pelan-pelan la)
Mesti korang tertanya kenapa aku berhenti guna benda ni kalau ni berkesan kan? biar aku bagitahu korang sebabnya.
- muka aku mengelupas dengan sangat teruk sekali so mmg lah tak best kan
- ada kawan aku ni nama dia (farahi, yang sangat cantik) dia tak bagi aku guna dah as dia dapat tahu ada bahan yang boleh buat kanser kulit. (tapi tak tahu lah kesasihannya kan)
- bau yang sangat kuat
- aku malas nak pegi kedai jamu cari benda alah ni (kedai yang aku beli tu tempat dia jem jeh memanjang)
Kesimpulannya dekat sini, kalau korang nak cuba silakan lah. Tapi risiko sila tanggung sendiri dan harganya dia murah dalam RM 5- RM 6 jeh. So yeah, again semuanya terserah pada pilihan kita kan. That's all bebeh, bye xo
p/s : bau dia lebih kurang macam tiner nuriz so aku rasa diorang guna bahan yg lebih kurang sama.